Sunday, February 21, 2010

Jadikan al Quran ubat penenang jiwa

Umat Islam diingatkan supaya kembali kepada Al-Quran untuk menyelesaikan masalah khususnya yang berkaitan dengan penyakit beraitan dengan jiwa.
Iklan



Umat Islam di Malaysia sekarang ini yang lebih suka mencari tempat-tempat hiburan seperti kelab malam ataupun pusat hiburan seumpamanya, kononnya ingin menangkan jiwa mereka dan melepaskan masalah yang mereka hadapi.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam dan Dakwah negeri Kelantan, Ustaz Hassan Mohamood berkata demikian sewaktu merasmikan Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan 2006, di Balai Islam Lundang, malam tadi.

�Sekiranya manusia cuba mencari ketenangan dengan menjadikan pusat hiburan sebagai tempat tujuan utama, natijahnya pelbagai penyakit mental dan gejala buruk akan berlaku�, katanya.

�Oleh itu, Al-Quran adalah sebaik-sebaiknya sebagai ubat penang jiwa dengan membacanya dan menghayati pengajaran yang terdapat di dalam Al-Quran�, katanya lagi.

Namum begitu beliau memberitahu, generasi sekarang kurang membaca dan ada yang tidak pandai membaca Al-Quran, yang mengakibatkan banyak penyakit sosial berlaku dalam masyarakat orang Islam sekarang.

�Adalah menjadi malang kepada generasi umat Islam sekarang, ramai yang tidak menghayati Al-Quran malahan ada yang tidak pandai membaca Al-Quran�, ujarnya.

Di Kelantan, kerajaan negeri memberi galakan yang tinggi dalam usaha untuk melahirkan ramai pembaca-pembaca Al-Quran.

Terdapat banyak pusat-pusat pengajian Al-Quran dibina bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk mempelajari Al-Quran khususnya sebagai hafis Al-Quran.

Pusat pengajian seperti Mahaad Tahfis Pulai Condong, antara pusat pengajian Al-Quran yang terdapat di negeri ini paling mendapat sambutan dari dalam dan luar negeri Kelantan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), Dato� Haji Ismail Latiff, pula berkata, ajaran Al-Quran perlu diberi perhatian bagi mendalami pelbagai ilmu.

�Dengan penghayatan Al-Quran, banyak kesan positif yang kita perolehi�, katanya.

�Ilmu yang terdapat di dalam Al-Quran, adalah sebagai senjata kepada umat Islam untuk menghadapi pelbagai masalah yang timbul di dalam dunia tanpa sempadan sekarang ini�, katanya lagi

Program yang menjadi acara tahunan ini dianjurkan oleh JHEAIK, antara lain adalah untuk mencari calon-calon bagi bertanding di peringkat kebangsaan.

Pada tahun ini seramai 194 peserta akan bertanding. Jumlah ini berkurangan pada tahun lalu iaitu seramai 300 orang peserta.

Pada tahun 2005, negeri Kelantan telah menjadi Johan dalam ketegori hafizah tahap 1-5 juzuk di peringkat kebangsaan dan menjadi naib johan bagi ketegori hafis pada tahap yang sama.

Acara berkenaan akan berlansung selama tiga hari. Pada malam tadi, seramai emapt orang peserta telah memperdengarkan bacaan masing-masing.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato� Nik Abdul Aziz Nik, dijangka akan menyampaikan hadiah kepada pemenang di malam penutup pada hari Ahad ini.

Turut hadir dalam majlis itu, Timbalan Menteri Besar, Dato� Ahmad Yakoob, ahli-ahli exco kerajaan negeri dan Mufti negeri Kelantan, Dato� Haji Hasbullah Mohd Hassan.

No comments:

Post a Comment