Sunday, February 7, 2010

ambo punya artikel..

http://i-epistemology.net/attachments/1127_jp-v9n2- Perlaksanaan Tulisan Jawi dalam Sistem Pendidikan Malaysia - M Mokhtar Shafii.pdf

4 comments:

  1. Assalamualaikum Ust Zulfahmi..
    Tulisan jawi sememangnya diketahui umum memainkan peranan penting di alam persuratan Melayu suatu ketika dahulu.Ia juga bertindak sebagai suatu medium kepada para ulamak menghasil karya-karya mereka untuk disampaikan kepada masyarakat.Akan tetapi,lama-kelamaan peranan tulisan Jawi semakin dipinggir oleh masyarakat Melayu sendiri.Buktinya,buletin dan berita yang bertulisan Jawi sudah tidak mendapat tempat dalam masyarakat serta tidak diberi perhatian sewajarnya.Penggunaannya yang tidak meluas mengakibatkan semakin ramai generasi muda tidak tahu langsung tentang tulisan Jawi ini.Ini merupakan suatu fenomena yang cukup menyedihkan.Oleh itu,semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam usaha memulihkan n memartabatkan lagi tulisan Jawi khususnya dalam sistem Pendidikan Malaysia.Kementerian Pendidikan seharusnya menyediakan guru mahir tulisan Jawi yang secukupnya untuk memenuhi keperluan tenaga.selain itu,pihak Kementerian Pendidikan juga perlu merancang kurikulum yang sepatutnya mengikut tahap pelajar samaada di peringkat rendah mahupun menengah.Untuk memastikan usaha ini berjaya,kerjasama semua pihak menjadi keutamaan seterusnya usaha menjayakan misi tidak sekadar hangat-hangat tahi ayam.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum... ust fahmi al-Syubrowi......
    ni komen ana;
    Tulisan jawi adalah suatu warisan melayu yang amat penting untuk dibangunkan semula di era globalisasi ini. tulisan Jawi dilihat lebih bersifat islamic berbanding dengan tulisan rumi yang banyak digunakan media sekarang ini. ini kerana, pengaruh penyebaran agama Islam yang berkembang pesat semasa zaman sebelum merdeka memberi suatu dimensi pembelajaran baru kepada rakyat Tanah Melayu pada ketika untuk dan mereka didedahkan secara langsung dengan pendekatan bahasa Jawi sebagai bahasa literasi dalam ilmu-ilmu asas. namun kini, ia semakin dipinggir dan justeru menjadi tanggungjawab dann peranan kementerian pelajaran sebagai wadah pendidikan perdana di Malaysia untuk mengetengahkan semula dan mebngayakan sistem penggunaan bahasa Jawi di peringkat Nasional. Penguasaan bahasa Jawi berkait rapat dengan penguasaan mempelajari kitab-kitab lama, dengan demiian, para pelajar akan mampu mempelajari dan membaca sumber-sumber kitab jawi yang mempunyai permata-permata ilmu yang amat bernilai dan penuh hikmat. Tulisan Jawi perlu diintegrasikan dalam sukatan arus perdana dan kepentingannya harus dilihat secara global sebagaimana bangsa Cina berpendirian dengan penggunaan bahasa ibunda mereka. semoga natijah yang pradigma dalam mengayakan modal insan tercapai sempurna.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..

    Tulisan Jawi adalah sangat penting dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu alam Melayu. Malangnya, apa yang kita lihat hari ini, tulisan Jawi semakin terpinggir dan tidak diambil peduli oleh sebilangan besar masyarakat Melayu. Tulisan Jawi juga tidak diberikan tumpuan khusus di sekolah-sekolah, malah ianya tidak diperkembangkan sebagai subjek teras di dalam peperiksaan, akhirnya, tulisan Jawi tidak mendapat perhatian di kalangan para pelajar. Justeru itu, bagi mengekalkan tulisan Jawi, semua pihak dalam masyarakat kita dan umat Islam seluruhnya perlu perihatin terhadap kedudukan tulisan Jawi kerana ia merupakan cabang kesenian Islam dan sebagai cabang seni khat atau kaligrafi Melayu. Kemahiran tulisan Jawi juga perlu dimanfaatkan bagi menambah dan mengembangkan ilmu pengetahuan kerana ia merupakan salah satu sumber ilmu untuk mengenal bahasa Arab dan al-Qur'an.

    ReplyDelete
  4. Salam.
    Tulisan jawi telah melalui zaman yang sangat menyedihkan. Walaupun sejarah pernah mencatatkan bahawa tulisan jawi adalah tulisan rasmi bagi penduduk di Nusantara dan merupakan medium utama didalam penulisan, ia juga sebagai lambang pengaruh Islam di Asia Tenggara. Namun peranan tulisan jawi telah berubah dan diubah, ia hanya diberi peranan yang sangat kecil.
    Oleh itu perlaksanaan tulisan jawi didalam pendidikan Malaysia adalah satu langkah yang sangat baik dan bijak bagi mengembalikan semula peranan tulisan jawi. Pelajar Islam perlu didekatkan semula dengan tulisan jawi kerana tulisan jawi berkait rapat dengan Al-Quran, pelajar yang mahir tulisan jawi sudah pasti dia juga mahir didalam bacaan Al-Quran.

    ReplyDelete